Home Berita Post View

Israel Tembak Pemuda Baitul Maqdis Sebelum Dibawa Ke Tempat Rahsia

Sep 19, 2023 07:50 am

 

Rejim Israel melepaskan tembakan ke arah seorang penduduk Palestin yang didakwa cuba melakukan tikaman berhampiran Kota al-Quds.

Saluran 14 Israel mendakwa bahawa seorang warga Palestin telah ditahan kerana cuba melakukan serangan tikaman berhampiran Baitul Maqdis, tanpa ada sebarang kecederaan dalam kalangan tentera Israel direkodkan. Polis Israel mendakwa bahawa pemuda tersebut ditembak selepas beliau mengeluarkan pisau dan cuba menikam salah seorang tentera di pusat pemeriksaan.

Media Ibrani melaporkan bahawa pemuda berkenaan mengalami kecederaan yang tidak kritikal dan beliau ditangkap serta dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui. Namun, keadaan beliau belum disahkan daripada sumber Palestin sehingga kini.