Home Berita Post View

Israel Ambil Ukuran Kediaman Pelaku Serangan Eli Untuk Merobohkannya

Sep 20, 2023 02:39 am

 

Rejim Israel mengambil ukuran tiga kediaman di bandar Urif yang terletak di selatan Nablus, utara Tebing Barat. Tujuan ukuran diambil adalah untuk merobohkan kediaman ekoran kediaman berkenaan milik pelaku serangan yang berlaku berhampiran penempatan Eli sehingga mengakibatkan empat orang penduduk haram Israel terbunuh. 

Menurut sumber yang diperoleh, rejim Israel menceroboh bandar tersebut, merobohkan kediaman milik Kayed Sabah dan Muhammad Shehadeh, mengambil ukuran dan meletakkan ‘tanda’ di dinding kediaman mereka.

Jurucakap rejim Israel menyatakan bahawa tentera Israel mengambil ukuran kediaman milik tiga keluarga di bandar Urif pada waktu malam. Mereka turut mendakwa juga merancang dan melaksanakan operasi serangan di penempatan Eli pada 20 Jun 2023 hingga meragut nyawa empat orang penduduk haram Israel serta penduduk yang lain mengalami kecederaan.