Home Berita Post View

Penunjuk Perasaan, Pasukan Perubatan dan Wartawan Cedera Dalam Serangan Berterusan Rejim Israel

Sep 19, 2023 07:14 pm

 

Beberapa warga Palestin dilaporkan mengalami kesesakan nafas dalam sebuah serangan berulang kali oleh tentera rejim Israel berdekatan pagar pemisah di timur Semenanjung Gaza yang dikepung. 

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa dua warga Palestin yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh mereka telah dibawa untuk menerima rawatan setelah menjadi sasaran serangan pasukan rejim di timur Gaza.

Menurut maklumat yang diterima, rejim Israel telah melepaskan gas pemedih secara langsung beberapa kali ke arah ambulans-ambulans paramedik dan pasukan perubatan serta wartawan di timur Bandar Gaza dan Bandar Jabalia yang terletak di utara Gaza. 

Ratusan warga tempatan telah turun berdemonstrasi berhampiran dengan sempadan pemisah di timur Gaza dan Bandar Jabalia, sebagai respons menolak segala keganasan rejim Israel terhadap Masjid al-Aqsa dan para tahanan Palestin. Difahamkan, para penunjuk perasaan turut bertindak membakar tayar-tayar di sepanjang sempadan pemisah sebagai tanda protes.