Home Berita Post View

B'Tselem: Israel Amalkan Dasar Perpindahan Ke Atas Rakyat Palestin di Tebing Barat

Sep 19, 2023 07:12 pm

 

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Israel, B’Tselem menyatakan bahawa tentera rejim Israel sedang giat melaksanakan operasi pengusiran paksa ke atas penduduk Palestin yang berada di Tebing Barat. Difahamkan, pengusiran paksa ini merupakan faktor utama berlakunya peperangan. 

Pusat maklumat Israel bagi hak asasi manusia di wilayah Israel, B’Tselem melaporkan, sekurang-kurangnya enam orang warga Palestin di Tebing Barat terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana takut akan keganasan tentera rejim. 

Rejim Israel dilihat sengaja melakukan kekacauan serta keganasan berterusan terhadap warga penduduk di sana untuk tujuan menyusahkan mereka seterusnya terpaksa meninggalkan kediaman dan tanah mereka. Keganasan-keganasan yang dilakukan tentera rejim ini sebagai menurut arahan kerajaan Israel.