Home Berita Post View

Masjid Al-Aqsa Memasuki Tahap Yahudisasi Berbahaya

Sep 19, 2023 07:52 am

 

Masjid Al-Aqsa kini sedang melalui fasa genting dengan rekod kezaliman semakin meningkat yang dilakukan oleh rejim Zionis serta warga penduduk haramnya. Mereka melakukan sujud malhami, meniup terompet dan memasuki masjid dengan berpakaian agama mereka. Dalam pada itu, pelbagai serangan ke atas para murabitun lelaki dan wanita turut dilakukan selain bertindak kasar terhadap mereka.

Seorang penyelidik dalam hal ehwal Baitul Maqdis, Jamal Amru berkata, rejim Zionis berterusan melakukan keganasan ke atas Masjid al-Aqsa dan para murabitun yang beribadah di sana secara terang-terangan dan terbuka terutamanya semasa musim cuti, yang dilihat sebagai peluang cerah untuk melakukan serangan di al-Aqsa.

Beliau turut menjelaskan, Masjid al-Aqsa telah memasuki fasa yang sangat berbahaya, disebabkan oleh dasar kerajaan Israel yang berhaluan kanan dan pertubuhan penempatan yang berusaha untuk membina struktur yang mereka dakwa di kawasan tersebut. Beliau turut menekankan, antara bentuk serangan agresif yang dilakukan rejim Israel ke atas umat Islam yang mempertahankan kesucian masjid adalah serangan berbentuk penderaan, keganasan fizikal, penahanan dan juga pengusiran keluar dari halaman masjid. 

Related