Home Berita Post View

Demonstrasi di Timur Gaza Diserbu Israel

Sep 19, 2023 07:50 am

 

Penduduk Palestin cedera susulan tentera Israel menindas demonstrasi yang berlaku di beberapa kem di timur Semenanjung Gaza. Demonstrasri dilakukan bagi memberi sokongan terhadap Masjid al-Aqsa dan mengecam pencerobohan berterusan warga haram Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa enam penduduk palestin mengalami pelbagai kecederaan semasa serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin di kawasan timur Semenanjung Gaza.

Sebilangan penduduk Palestin dan wartawan cedera akibat tembakan peluru hidup dan gas yang dilepaskan tentera Israel menyebabkan mereka sesak nafas. Kejadian berlaku ekoran tentera Israel melancarkan penindasan terhadap penunjuk perasaan yang keluar di sempadan timur. Selain itu, tiga wartawan cedera selepas mereka menjadi sasaran bom gas ketika membuat liputan di bahagian timur Semenanjung Gaza.

Related