Home Berita Post View

22 Tahanan Masih Ditahan Sebelum Perjanjian Oslo Dipersetujui

Sep 15, 2023 05:25 am

 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan, "22 tahanan masih ditahan sejak sebelum Perjanjian Oslo dipersetujui antara pemimpin Palestine Liberation Organization (PLO) dan pemimpin rejim Israel. Tahanan tertua ialah Muhammad al-Tus yang telah ditahan sejak tahun 1985."

Kelab tersebut menyatakan bahawa seramai 11 tahanan yang ditahan sebelum perjanjian Oslo dan tahanan yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan telah ditangkap semula oleh Israel pada tahun 2014. Mereka turut menambah bahawa pihak Israel masih menahan jenazah 11 syuhada gerakan tahanan.

Lebih daripada 5,200 tahanan Palestin sedang meringkuk di penjara Israel. Jumlah ini termasuk 36 tahanan wanita, 170 kanak-kanak, 1,264 tahanan pentadbiran dan 599 tahanan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Related