Home Berita Post View

Lagi Kecederaan Dilaporkan Dalam Serbuan Israel di Bandar Beita, Nablus

Sep 14, 2023 04:48 pm

 

Dua warga Palestin mengalami kecederaan selepas ditembak peluru logam, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas. Kecelakaan tersebut berlaku dipercayai semasa tentera rejim Israel menceroboh Bandar Beita yang terletak di selatan Nablus.

Pengarah perkhidmatan ambulans dan kecemasan Bulan Sabit Merah di Nablus, Ahmed Jibril berkata bahawa, dua warga penduduk cedera selepas ditembak peluru logam, manakala yang lain mengalami sesak nafas berpunca daripada gas toksik dalam kejadian rusuhan berdepan pasukan rejim di Bandar Beita. Katanya lagi, pasukan rejim turut menyasarkan salah sebuah ambulans dengan peluru getah. Akibatnya, salah seorang pegawai ambulans cedera ditembak di bahagian kakinya.

Difahamkan, pasukan rejim telah menceroboh Bandar Beita pada awal subuh hari ini, menyerbu beberapa buah rumah di beberapa kawasan, di samping bertindak menutup pintu masuk ke bandar tersebut dan menghalang warga penduduk melaluinya. Pasukan rejim turut menjalankan siasatan lapangan ke atas warga penduduk di tempat yang sama mereka ceroboh.  

Related