Home Berita Post View

Kabinet Israel: Tiada Perubahan Keputusan Kes Tahanan Palestin Semasa

Sep 14, 2023 04:12 am

 

Kabinet Israel bagi hal ehwal politik dan keselamatan memutuskan bahawa tidak akan ada perubahan dalam isu tahanan Palestin di penjara rejim, sehingga perbincangan seterusnya diadakan selepas perayaan Yahudi yang dijadualkan berakhir pada tujuh Oktober depan.

Pertemuan kabinet diadakan di antara Perdana Menteri Kerajaan rejim, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, berhubung keputusan akhir bagi mengurangkan lawatan ke tahanan Palestin daripada sebulan sekali kepada dua bulan sekali.

Sementara itu, pejabat Netanyahu menafikan wujudnya keputusan dalam pengurangan kekerapan lawatan ke al-Aqsa, pada masa kerisauan terhadap peningkatan tindakan keselamatan di Tebing Barat dan Gaza. 

Di samping itu, tumpuan juga bakal diberikan pada persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan semasa sambutan perayaan Yahudi.

Related