Home Berita Post View

Gerakan Pembinaan Haikal Sulaiman Siap Sedia Ceroboh al-Aqsa

Sep 13, 2023 09:30 am

 

Gerakan ekstremis pembinaan Haikal Sulaiman meneruskan misi mereka bagi mengumpulkan warga haram Israel untuk menceroboh Masjid al-Aqsa sepanjang tiga hari perayaan Yahudi bulan ini. 

Pencerobohan warga haram Israel bermula semasa musim cuti perayaan Yahudi pada pertengahan September ini yang dipanggil Tahun Baru Ibrani. Perayaan tersebut berlangsung selama dua hari dengan melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa dan Kota Lama. Perayaan tersebut disusuli dengan perayaan Yom Kippur yang berlangsung selama seminggu. Warga haram Israel turut merancang untuk melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa. Kemudian, ia diikuti dengan perayaan Sukkot yang berlangsung selama dua hari. Sesungguhnya, pencerobohan dan ritual Talmud yang akan dilancarkan ini akan mencemarkan agama dan bangunan suci umat Islam, Masjid al-Aqsa.

Related