Home Berita Post View

Israel Mengadakan Perbicaraan, Bincang Tempoh Lanjutan Ahmad Manasrah

Sep 13, 2023 07:23 pm

 

 

 

Kelab Tahanan Palestin menegaskan bahawa pihak Israel akan mengadakan perbicaraan mahkamah hari ini berkenaan Ahmad Manasrah, seorang tahanan Palestin yang berada di penjara Ayalon. 

Peguam Ahmad Manasrah, Khaled Zabarqa menyatakan bahawa mahkamah akan mengadakan perbicaraan pada jam 8:30 pagi di Ramla atas permintaan pentadbiran penjara Israel untuk mempertimbangkan lanjutan tempoh tahanan persendiriannya. Mereka turut menyatakan bahawa perintah pengasingan semasa Ahmad Manasrah akan tamat pada 18 September ini.

Ahmad Manasrah telah berada hampir dua tahun di dalam sel pengasingan persendirian sehingga keadaan mental dan kesihatannya terkesan dari semasa ke semasa. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pasukan undang-undang untuk membebaskan beliau ditambah pula dengan tekanan daripada pihak antarabangsa, pihak rejim Israel masih menahan beliau di penjara  dalam keadaan yang sukar atas jenayah yang didakwa ke atasnya.

Related