Home Berita Post View

Siri Penahanan di Baitul Maqdis Menyasarkan Para Murobitun, Aktivis dan Pelajar Sekolah

Sep 13, 2023 04:44 am

 

Pasukan rejim difahamkan telah meningkatkan siri penahanan yang menyasarkan penduduk Baitul Maqdis di pelbagai kawasan kejiranan di bandar tersebut termasuk pencerobohan, serbuan ke rumah-rumah, dan serangan ke atas warga penduduk.

Sekurang-kurangnya tiga pelajar ditahan semasa mereka berada dalam sesi pembelajaran di Tadika al-Aqsa School, sebelum mereka dibawa ke pusat siasatan milik rejim. Dalam pada masa yang sama, pihak rejim turut melaksanakan sekatan ke atas para pelajar di sekolah tersebut, selain identiti mereka diperiksa sebelum mereka dihalang memasuki sekolah.

Pasukan rejim juga menahan seorang pemuda selepas menyerbu rumah keluarganya di Jabal al-Mukaber di samping melakukan kerosakan terhadap isi rumah beliau. Sementara itu, pasukan rejim turut menahan tiga orang pemuda semasa menceroboh Bandar Biddu yang terletak di Baitul Maqdis selepas seorang warganegara bersama anak lelakinya ditahan di rumah mereka, usai pencerobohan rejim ke atas Bandar Abu Dis.

Dalam konteks yang sama, pasukan rejim memanggil tahanan Baitul Maqdis yang dibebaskan, Sobih Abu Sobih untuk siasatan. Pasukan rejim turut melanjutkan tempoh penahanan ke atas tiga orang pemuda Baitul Maqdis dan penahanan pentadbiran ke atas Mutii’ Tuqan selama empat bulan untuk kali kedua secara berturut-turut. 

Related