Home Berita Post View

Lebih 5,000 Penduduk Palestin Jadi Mangsa Tahanan Zionis Sejak Awal Tahun

Sep 13, 2023 04:41 am

 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan sejak awal tahun ini, lebih daripada lima ribu penduduk Palestin menjadi mangsa operasi penahanan Israel. Antaranya ialah 83 wanita dan 678 kanak-kanak. Jumlah keseluruhan perintah penahanan pentadbiran yang dikeluarkan sejak awal tahun 2023  ialah 2 350, termasuk 1 245 penahanan baharu dan 1 105 perintah penahanan yang diperbaharui.

Kelab tersebut turut menegaskan bahawa rejim Israel meneruskan pelaksanaan hukuman dan pencabulan ke atas para tahanan Palestin dan ahli keluarga mereka. Ditambah lagi dengan pelancaran serangan yang menggunakan pelbagai jenis senjata, meningkatkan serangan terhadap keluarga tahanan dan para syuhada dengan mengenakan hukuman yang berterusan ke atas jenayah yang telah dilakukan. 

Israel terus melakukan jenayah hukuman secara terbuka, melepaskan tembakan terhadap para tahanan dan keluarga mereka. Apa yang berlaku ini telah meningkatkan jumlah syuhada dan mangsa kecederaan. 

Related