Home Berita Post View

Nasib Tiga Tahanan Mogok Lapar Merisaukan

Sep 13, 2023 04:40 am

 

Kelab Tahanan Palestin berkata, keadaan kesihatan tiga tahanan mogok lapar semakin buruk dari masa ke semasa. Nasib mereka kini membimbangkan.

Pegawai media daripada kelab tersebut, Amani Sarahana menjelaskan tahanan tersebut kini melalui keadaan sukar di mana tanda-tanda keletihan dan tekanan yang melampau mula jelas kelihatan terutama Sultan Khalouf, tahanan mogok lapar sejak 40 hari lalu. Sultan mengalami muntah darah, penglihatan semakin lemah, dan sakit kepala yang teruk. Beliau kini ditahan di salah sebuah sel di Klinik Penjara Ramla.

Beliau berkata, nasib seorang lagi tahanan, Maher al-Akhras yang melakukan mogok sejak 20 hari lalu yang turut merisaukan, dipercayai berpunca daripada pihak pentadbiran penjara yang mengamalkan dasar yang sama diamalkan ke atas Khader Adnan, tahanan yang syahid selepas mogok berlangsung selama 87 hari. Turut dilaporkan, Kayed al-Fasfous, tahanan yang melakukan mogok lapar selama 40 hari yang menghabiskan kira-kira tujuh tahun dalam penjara rejim turut mendapat perhatian. 

Related