Home Berita Post View

Netanyahu Tolak Permohonan Ben-Gvir Bincang Isu Tahanan Palestin di Sidang Kabinet

Sep 12, 2023 06:06 am

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak permohonan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir untuk membawa isu hukuman keras ke atas para tahanan Palestin dalam perbincangan sidang kabinet Israel yang dijadualkan pada Selasa depan.

Menurut akhbar Israel, Maariv, Itamar Ben-Gvir menggesa supaya isu peningkatan sekatan yang dikenakan ke atas tahanan Palestin dibawa ke mesyuarat Kabinet. Bagaimanapun, Netanyahu menolak cadangannya kerana bimbang  peningkatan ketegangan yang bakal berlaku di dalam dan di luar penjara.

Itamar membuat keputusan pada 1 September untuk mengehadkan lawatan  keluarga tahanan Palestin daripada sekali sebulan kepada dua bulan sekali

Related