Home Berita Post View

460 Pelajar Baitul Maqdis Tidak Hadir Ke Sekolah Tolak Kurikulum Israel

Sep 12, 2023 04:37 am

Penduduk bandar Jabal al-Mukaber di Baitul Maqdis yang diduduki telah menutup Sekolah Teknologi al-Sala'a lebih sepuluh hari, selepas sekolah tersebut dibuka oleh perbandaran Israel di Baitul Maqdis  yang cuba memaksa pengajaran kurikulum Israel di sana.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru bersama beberapa ibu bapa yang lain berterusan protes di hadapan sekolah setiap hari, menuntut hak pelajar sekolah tersebut kira-kira 460 pelajar didaftarkan menggunakan kurikulum Palestin.

Dalam usaha untuk menggantikan sepenuhnya kurikulum Palestin dengan kurikulum Israel di sekolah-sekolah Palestin di Baitul Maqdis yang diduduki, pihak Israel cuba untuk mengenalkan buku teks baharu yang akan dicetak semula selepas bendera Palestin dikeluarkan daripada muka depan serta sebarang teks yang merujuk kepada identiti Palestin.


 

Related