Home Berita Post View

Warga Palestin Cedera, Ditahan Dalam Pencerobohan Rejim Israel di Kem Aqabat Jabr

Sep 12, 2023 04:36 am

 

Sekurang-kurangnya tiga warga penduduk Palestin mengalami kecederaan sementara seorang lagi ditahan rejim Israel semasa pencerobohan yang berlaku di Kem Aqabat Jabr di Ariha, Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan, dua kanak-kanak cedera akibat ditembak pasukan rejim semasa mereka dalam perjalanan ke sekolah di Kem Aqabat Jabr. Semasa serangan tersebut berlaku, pasukan rejim turut menceroboh beberapa buah  rumah penduduk serta merosakkan barangan milik mereka sebelum menahan seorang pemuda.

Pasukan rejim turut melepaskan bom ke arah beberapa buah rumah warga Palestin, di mana salah satu tembakan itu hampir menyebabkan kebakaran di sebuah rumah milik warga penduduk di kem tersebut. 

Related