Home Berita Post View

Kempen Boikot AIPAC Dilaksanakan di Amerika Syarikat

Sep 12, 2023 04:35 am

 

Sebuah pertubuhan Yahudi yang menyokong perjuangan Palestin melancarkan satu kempen di Amerika Syarikat sebagai usaha untuk memboikot kumpulan pendesak politik yang menyokong rejim Israel (AIPAC).

Kempen tersebut yang dilancarkan dengan kerjasama rangkaian institusi Palestin-Amerika, menyeru masyarakat Yahudi agar memboikot lobi AIPAC, memandangkan sokongan kewangan dan politik yang diberikan kepada kerajaan haram Israel menjadikan mereka rakan subahat dalam jenayah aparteid yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Salah seorang sukarelawan dalam kempen tersebut yang berasal dari Chicago, Samantha berkata, AIPAC bukan sahaja menyokong ekstremisme yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, malah ia turut berlaku di Amerika Syarikat. Beliau turut menegaskan bahawa kempen boikot itu turut dilakukan di puluhan bandar Amerika.

 

Related