Home Berita Post View

Facebook Padam Akaun Facebook Wartawan Palestin, Tamer Al-Mashal

Sep 11, 2023 04:42 am

 

Facebook memadam halaman akaun seorang wartawan Palestin, Tamer al-Misshal yang merupakan penyampai rancangan “The Hidden is More Immense” yang disiarkan oleh saluran al-Jazeera. Difahamkan, perkara itu berlaku selepas beliau mendedahkan sebuah siasatan yang dilakukannya berkenaan kerjasama perisikan Facebook dengan rejim Israel.

 

Pendedahan al-Misshal melalui rancangan tersohor al-Jazeera itu adalah tentang kenyataan yang mengejutkan oleh bekas pegawai unit siber Israel Shin Bet, Aric Barbing mengenai hubungannya dengan syarikat Facebook untuk mengeluarkan sebarang kandungan posting yang menentang rejim Israel daripada platformnya.

Barbing menegaskan bahawa, matlamat Israel bukan hanya untuk memadamkan perkataan tertentu sahaja daripada platform tersebut, bahkan turut menyasarkan keseluruhan kandungan yang merujuk kepada konteks Palestin dan Arab.

Namun, apa yang paling menarik dalam ucapannya adalah dia menyatakan bahawa kerjasama dengan Facebook telah melebihi hanya sekadar permintaan untuk memadam, menyekat dan menghapuskan posting dan akaun mereka yang menyokong perjuangan isu Palestin. Malah, mereka turut meminta untuk mengekalkan beberapa posting di Facebook bagi tujuan perisikan. 

Related