Home Berita Post View

Israel Hentikan Eksport, Kerugian Besar Buat Semenanjung Gaza

Sep 07, 2023 04:41 am

 

Kementerian Ekonomi Palestin di Semenanjung Gaza memberi amaran tentang kesan serius terhadap keputusan rejim Israel untuk menghentikan eksport dari Semenanjung Gaza. Kementerian tersebut menekankan bahawa keputusan itu  akan membawa kepada kerugian yang besar, serta penutupan puluhan fasiliti dan pemecatan ribuan pekerja.

Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan di Kementerian Ekonomi, Osama Nufal menegaskan bahawa keputusan Israel untuk menghentikan eksport melalui lintasan sempadan Kerem Shalom adalah tidak adil berdasarkan kepada justifikasi yang lemah dan tidak wujud serta menjejaskan pelbagai sektor yang berbeza.

Israel telah mengenakan sekatan yang tidak berperikemanusiaan di Semenanjung Gaza sejak tahun 2006 dengan menutup lintasan tersebut dan menghentikan keluar masuk pedagang melalui pelabuhan di Semenanjung Gaza. Situasi berkenaan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di bawa peningkatan kadar kemiskinan dan pengangguran yang makin meningkat.

Related