Home Berita Post View

Al-Rifai, Mangsa Kecuaian Perubatan Penjara Israel

Sep 07, 2023 04:23 am

 

 

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan, tahanan yang bernama Asif Al-Rifai, 20 tahun menghidap kanser di seluruh badannya kini berada di Klinik Penjara Ramla. Difahamkan, beliau memerlukan rawatan perubatan segera sebelum penyakitnya itu semakin membarah.

Suruhanjaya itu turut menjelaskan bahawa Al-Rifai kini mula menerima rawatan kemoterapi di bawah kawalan keselamatan yang ketat oleh Israel. Sebagai rekod, beliau telah menjalani lebih daripada 12 sesi rawatan lama selepas ditahan.

Tambahnya lagi, Al-Rifai didiagnosis menghidap kanser pada tahun 2021 dan telah menjalani beberapa pembedahan untuk membuang tumor dan sesi kemoterapi. Malangnya, penahanan beliau baru-baru ini menjadi punca tahap kesihatannya merosot dan penyakit itu semakin kritikal berpunca daripada pengabaian pihak perubatan Israel dalam memantau keadaan kesihatannya dan menyediakan rawatan yang diperlukan.

Related