Home Berita Post View

2 Tahun Berlalu, Kejayaan Tahanan Palestin ‘Meloloskan Diri’ Melalui Terowong Galian Sendiri

Sep 07, 2023 04:22 am

 

Hari ini dalam sejarah: 6 September semalam telah menggenapkan tahun kedua enam tahanan Palestin yang berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa Israel selepas menggali terowong dari dalam sel mereka hanya dengan menggunakan alat logam ringan. Usaha penggalian mereka ini dipercayai sekurang-kurangnya mengambil masa selama sembilan bulan. Kejayaan enam tahanan berani mati ini telah memberi tamparan hebat kepada sistem keselamatan Israel seterusnya mengejutkan dunia.

Enam tahanan berani mati itu ialah Mahmoud al-Aridah, Muhammad al-Aridah, Ayham Kamamji, Yaqoub Qadiri, Zakariya al-Zubaidi, dan Manadel Anfa'at. Mereka semua merupakan warga Palestin dari daerah Jenin, Tebing Barat. 

Warga penduduk Palestin begitu meraikan operasi yang dihebohkan media sebagai terowong kebebasan. Dilaporkan, keraian bersempena persitiwa bersejarah ini telah diraikan di beberapa kawasan. Mereka bergembira dengan pencapaian keenam-enam tahanan tersebut. Namun, malangnya, pasukan rejim berjaya menahan semula para tahanan itu selepas dua minggu mereka menghilang setelah berjaya meloloskan diri dari pihak penjara. 

Related