Home Berita Post View

Wanita Palestin Ditahan Israel Berhampiran Masjid al-Aqsa, Jemaah Diserang

Sep 06, 2023 04:19 am

 

Pihak polis Israel menahan seorang wanita Palestin berusia 44 tahun di Pintu Hatta yang merupakan salah sebuah pintu masuk ke Masjid al-Aqsa. Pihak polis Israel mendakwa bahawa wanita tersebut cuba melakukan tikaman tanpa mendatangkan sebarang kecederaan.

Pihak rejim Israel berjaga-jaga di Kota Lama, sekitar Masjid Al-Aqsa dan pintunya. Mereka turut menghalang rakyat Palestin daripada memasuki atau meninggalkan kawasan tersebut.

Klip video menunjukkan bahawa tentera Israel menyerang sekumpulan jemaah di halaman Masjid al-Aqsa sebelum mengusir mereka dengan menggunakan kekerasan di sampingg bertindak mengacukan senjata ke arah mereka.

Related