Home Berita Post View

Menjelang Rusuhan Besar-Besaran ke atas Masjid al-Aqsa, 5 Murabitun Wanita Dipanggil Israel

Sep 06, 2023 04:18 am

Pasukan rejim Israel masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti daripada menyerang dan mengganggu para murabitun dan penduduk Baitul Maqdis. Perkara ini difahamkan berlaku berikutan tarikh serangan besar-besaran yang dijadualkan bakal dilaksanakan oleh gerakan-gerakan kuil seperti yang dijadualkan berlaku pada pertengahan bulan ini. 

Sebagai persediaan awal bagi serangan yang lebih agresif ke atas Masjid al-Aqsa, pasukan rejim Israel telah memanggil para murabitun al-Aqsa, Khadijah Khuwais, Nafisah Khuwais, Iyadah al-Saydawi dan Samah Mahamid. 

Seorang pakar dalam hal ehwal Baitul Maqdis, Fakhri Abu Diab menjelaskan bahawa hari-hari mendatang bakal menjadi hari-hari sukar bagi Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa. Beliau menyatakan bahawa pihak rejim Israel telah memulakan operasi sekatan ke atas para aktivis dan para murabitun sama ada dengan cara mereka akan ditahan, diusir atau diugut. 

 

Related