Home Berita Post View

5 Wanita Palestin Dipaksa Buka Pakaian, Diancam Zionis Israel

Sep 06, 2023 04:16 am

 

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan bahawa dua askar wanita Israel memaksa lima orang wanita Palestin menanggalkan sepenuhnya pakaian mereka di dalam rumah mereka, selepas rejim tersebut menyerbu masuk Kota al-Khalil.

Menurut laporan akhbar tersebut, dua askar wanita itu membawa senjata dan diiringi seekor anjing terlatih untuk menceroboh rumah kediaman warga di sana. Mereka mengugut lima orang wanita Palestin dalam sebuah rumah di mana melibatkan seorang wanita, anak perempuannya serta tiga orang menantu perempuannya untuk melepaskan anjing tersebut menyerang mereka jika kelima-lima wanita itu tidak menuruti perintah mereka. Dalam pada masa yang sama, tentera rejim turut menjalankan pemeriksaan badan ke atas beberapa orang lelaki tanpa memaksa mereka menanggalkan pakaian.

 

Related