Home Berita Post View

Peluru Israel Ragut Nyawa Seorang Pemuda Palestin

Sep 06, 2023 04:14 am

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan seorang pemuda Palestin syahid dan seorang lagi cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan tentera Israel semasa pencerobohan yang berlaku di kem penempatan sementara Ain Shams, timur Tulkarm. Mangsa yang terkorban iaitu Aid Samih Khalid Abu Harb berusia 21 tahun terkena peluru hidup milik tentera Israel di kepalanya. 

Sekumpulan besar kumpulan tentera Israel dengan bantuan dua jentolak tentera menceroboh kem tersebut serta merobohkan beberapa buah rumah kediaman penduduk di sana. Anggota penembak tepat dikerahkan untuk mengawasi di atas bumbung kediaman. Jentolak milik tentera Israel telah mendatangkan kerosakan besar pada kem berkenaan, memusnahkan jalan raya, infrastruktur dan beberapa kenderaan. Selain itu, satu bangunan di dalam kem telah diletupkan oleh pihak musuh.

Related