Home Berita Post View

Pertubuhan Hak Asasi Manusia: Kurikulum Palestin Semakin Terdedah Kepada Agenda Israel

Sep 05, 2023 04:54 am

 

Sebuah persatuan sayap kiri Israel khusus dalam hal ehwal Baitul Maqdis, Persatuan Ir Amim melaporkan bahawa kurikulum Palestin dalam sistem pendidikan di Baitul Maqdis timur semakin diancam sejak penggal pemerintahan baharu Israel.

Mereka memetik bahawa kerajaan terdahulu menggunakan rancangan lima tahun untuk mengagihkan bajet di Baitul Maqdis sebagai keperluan untuk bertukar kepada kurikulum Israel. Mereka turut menyebut percubaan untuk memasukkan kurikulum Israel ke atas sekolah yang berada di bawah tekanan kewangan.

"Pelan lima tahun baharu untuk Baitul Maqdis yang diluluskan oleh kerajaan Israel pada Ogos 2023 memberi tumpuan memudahkan peralihan pelajar Baitul Maqdis kepada kurikulum Israel," kata persatuan tersebut.

Di samping itu, persatuan berkenaan menekankan bahawa hanya terdapat 2,986 bilik darjah di Baitul Maqdis dan pihak berkuasa Israel dalam percubaan mengenakan kurikulum yang diputarbelitkan ke atas sekolah-sekolah Palestin di sana. Tidak hanya dengan itu, mereka turut diancam oleh pihak Israel untuk membatalkan lesen sekolah-sekolah yang kini beroperasi di sana.

Related