Home Berita Post View

Israel Seru Warganya ke Masjid Al-Aqsa, Penduduk Palestin Disekat Masuk

Sep 05, 2023 04:49 am

 

Puluhan warga haram Israel menceroboh Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Mughrabi dengan kawalan ketat daripada polis Israel. Pada masa yang sama, seruan ke atas penduduk Baitul Maqdis turut dijalankan bagi mewujudkan benteng pertahanan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan yang dilancarkan pihak musuh yang dijangka semakin mengganas pada perayaan Yahudi.

Jabatan Wakaf Baitul Maqdis melaporkan bahawa puluhan kumpulan penduduk haram Israel menceroboh bangunan suci umat Islam itu untuk melakukan lawatan provokatif di sekitar masjid serta mendengar ucapan berkenaan kuil yang mereka dakwa  berada di bawah Masjid al-Aqsa. Bagi menjamin keselamatan dan keamanan penduduk Yahudi menyambut perayaan, pihak polis Israel telah mengenakan sekatan untuk menghalang penduduk Palestin masuk ke dalam kawasan masjid.  

Pertubuhan Haikal terus menggesa warga haram Israel untuk berhimpun secara besar-besaran bagi menceroboh Masjid al-Aqsa pada perayaan mereka akan datang yang akan bermula pada pertengahan bulan ini dan berakhir pada pertengahan bulan Oktober depan. Justeru, bagi menggagalkan rancangan pihak musuh, usaha mengumpulkan penduduk Palestin di Baitul Maqdis giat dijalankan sebagai benteng dan sokongan tetap supaya agenda pengyahudian yang diatur puak Yahudi tidak dapat dilaksanakan.

Related