Home Berita Post View

Kesihatan Tahanan Mogok Lapar, Kayed Al-Fafsous Makin Merosot

Sep 05, 2023 04:47 am

 

Pihak Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dalam sebuah kenyataan berkata, keadaan kesihatan seorang tahanan Palestin, Kayed al-Fasfous yang melakukan mogok lapar terbuka selama 32 hari berturut-turut semakin merosot dan sangat kritikal. Difahamkan, mogok terbuka yang dilakukannya adalah sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran ke atas dirinya. 

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa al-Fasfous mengalami keletihan dan tekanan yang melampau, susulan itu pergerakannya menjadi sangat sukar dan beliau tidak mampu untuk berjalan atau berdiri. Di samping sakit yang dialami di seluruh badannya, al-Fasfous turut mengalami pening, ketidakseimbangan dan menjadi pelupa. Keadaan kesihatannya kini menjadi semakin teruk dan kritikal.

Pihak yang sama turut menjelaskan, semasa lawatan mereka menemui tahanan yang malang itu, keadaan beliau jelas kelihatan bertambah kritikal dan merosot. Al-Fasfous diperlakukan sewenang-wenangnya dan dilayan tidak berperikemanusiaan. Beliau diikat dan ditekan oleh penjaga penjara, tidak diberi kelengkapan pakaian di samping tidak mandi selama 20  hari disebabkan ketidakupayaannya untuk berdiri.

Related