Home Berita Post View

Warga Palestin Tercedera Semasa Serangan Penduduk Haram

Sep 04, 2023 05:21 am

 

Tentera rejim dan penduduk haramnya masih meneruskan serangan ke atas Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lapan orang rakyat Palestin mengalami kecederaan semasa serangan penduduk haram di bandar Qasra, selatan Nablus di bawah perlindungan tentera rejim Israel. Penduduk haram turut memusnahkan puluhan  pokok zaitun di bandar Ni'lin, barat Ramallah. 

Rusuhan yang meletus melibatkan pejuang Palestin, dan pasukan rejim bersama penduduk haram yang berada di Jabal Sabih di Bandar Beita di Nablus. Sebagai rekod, seorang warga Palestin mengalami kecederaan semasa pertempuran tercetus di Bandar Kafr Qaddum, timur Qalqilya.

Related