Home Berita Post View

Israel Roboh, Sita 33 Bangunan Warga Palestin Dalam Masa 2 Minggu

Sep 04, 2023 04:46 am

 

Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Palestin (OCHA) berkata, tentera rejim Israel merobohkan serta merampas 33 buah bangunan di Baitul Maqdis dan Kawasan C Tebing Barat. Tindakan ganas ini melibatkan sepuluh buah rumah dalam tempoh dua minggu lalu, dengan alasan mereka tidak memiliki permit bangunan.

Pejabat tersebut menjelaskan dalam laporan berkala yang memantau pencabulan pendudukan antara 8-21 Ogos 2023, bahawa operasi pemusnahan telah mengakibatkan pengusiran seramai 22 penduduk Palestin, termasuk 10 kanak-kanak, dan merosakkan  mata pencarian lebih 100 yang lain.

Menurut laporan PBB, dalam tempoh dua minggu lalu, enam orang rakyat Palestin telah terbunuh, di mana seorang daripada mereka ialah kanak-kanak. Mereka turut mencederakan 559 orang rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 148 kanak-kanak di seluruh Tebing Barat, dan 21 daripada mereka cedera akibat tembakan.

Related