Home Berita Post View

Rakyat Teruskan Protes Menentang Kerajaan Netanyahu

Sep 04, 2023 04:25 am

 

Memasuki minggu ke-35 secara berturut-turut, protes yang dilakukan rakyat Israel menentang kerajaan rejim di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu dan rancangan bagi melemahkan badan kehakiman masih diteruskan. 

Difahamkan, banyak demonstrasi diadakan di puluhan bandar dan pekan di samping mendapat sambutan hangat puluhan ribu penduduk haram yang turun menyertai. 

Protes serta demonstrasi terus dipertingkatkan menjelang permulaan sesi Mahkamah Agung Israel iaitu pada 12 September ini. Tindakan mereka ini demi meraih  perhatian agar mahkamah mempertimbangkan kembali beberapa petisyen bagi memansuhkan undang-undang menghadkan kewajaran yang telah diluluskan oleh Knesset. 

Pada 24 Julai lalu, Knesset membuat bacaan dalam bacaan kedua dan ketiga, mengenai draf undang-undang untuk memansuhkan hujah kewajaran di mana ia bakal menghalang mahkamah Israel, termasuk Mahkamah Agung, daripada menerapkan standard kewajaran ke atas keputusan yang dibuat oleh pegawai terpilih. 

 

Related