Home Berita Post View

5 Tahanan Masih Meneruskan Mogok Terbuka, 2 Berundur

Aug 30, 2023 04:17 am

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa tahanan dua beradik, Hatem al-Qawasimah dan Hazim al-Qawasimah memutuskan untuk berhenti daripada tindakan mogok terbuka mereka. 

Pihak suruhanjaya tersebut menyatakan, kedua-dua tahanan Qawasmeh itu menangguhkan mogok terbuka mereka yang telah berlangsung selama 18 hari, setelah pentadbiran penjara pendudukan bersetuju untuk turun bertemu mereka dalam satu sel.

Menurut suruhanjaya itu lagi, mereka turut mengumumkan empat lagi tahanan lain di penjara pendudukan memutuskan untuk menangguhkan mogok lapar terbuka. Perkara ini berlaku selepas sebuah perjanjian ditetapkan di mana pelaksanaan hukuman ke atas mereka akan dihentikan termasuklah keputusan penahanan pentadbiran yang dikeluarkan ke atas mereka dalam tempoh akan datang. Sementara itu, lima tahanan dilaporkan masih meneruskan mogok lapar, melibatkan empat daripada mereka adalah tahanan pentadbiran.

Related