Home Berita Post View

Israel Giat Mempertingkat Serangan, Sasar Bendera Palestin

Aug 30, 2023 04:16 am

 

Rejim Israel dan warganya meneruskan serangan, rusuhan dan pencarian ke atas penduduk Baitul Maqdis dan tanah suci malah bendera Palestin juga tidak terkecuali menjadi sasaran dalam kejadian berkenaan.

Jumaat lalu, rejim Israel menyerang jemaah, termasuk seorang warga emas Palestin dengan kejam. Mereka menolaknya ke tanah di pintu Masjid al-Aqsa. Selain itu, pihak musuh turut menyerang seorang pemuda selepas beliau menaikkan bendera Palestin dan menahannya selama beberapa jam walaupun beliau seorang kurang upaya.

Sebagai rekod, awal tahun ini, pihak berkuasa Israel mengeluarkan perintah melarang pengibaran bendera Palestin di kawasan awam Baitul Maqdis dan kawasan yang dijajah pada tahun 1948. Perintah ini dilaksanakan atas arahan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dengan alasan pengibaran bendera Palestin didakwa sebagai hasutan keganasan menentang Israel.

Related