Home Berita Post View

Israel Serang Masjid di Al-Khalil

Aug 29, 2023 04:56 am

 

Tentera Israel bertindak melancarkan serangan terhadap Masjid al-Shibli yang terletak di Kota Lama al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Ketua Pengarah Wakaf al-Khalil, Nidal al-Jabari, mengecam serangan tentera Israel di beberapa sudut dalam Masjid al-Shibli dengan memecahkan dinding kaca dan tingkap masjid. Beliau berkata bahawa tindakan dan serangan pihak musuh mencerminkan dasar pembersihan etnik dan agama yang diikuti oleh pendudukan.

Sebagai rekod, penubuhan Maqam al-Shibli bermula sejak zaman Uthmaniyyah pada tahun 1260 Hijrah / 1844 Masihi.

Pada masa yang sama, sebilangan penduduk Palestin mengalami sesak nafas dalam serangan yang dicetuskan warga haram Israel dan pasukan tentera mereka ke atas Kampung Madama, selatan Nablus. Dalam kejadian tersebut, tentera dan warga haram Israel cuba memecahkan pintu dan tingkap beberapa kediaman di kawasan berkenaan.

Related