Home Berita Post View

25% Tahanan Palestin Ditahan Di Bawah Penahanan Pentadbiran

Aug 29, 2023 04:55 am

 

Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, seramai 1 300 orang tahanan pentadbiran di penjara Israel merupakan 25% daripada jumlah keseluruhan kesemua tahanan Palestin yang berjumlah 5 100 orang.

Pusat kajian tersebut mengesahkan bahawa tentera Israel meningkatkan pengeluaran perintah penahanan pentadbiran terhadap tahanan tahun ini dengan ketara. Bermula awal tahun, lebih daripada 2 300 keputusan dibuat yang menjadikan jumlah keseluruhan tahanan pentadbiran mencapai kira-kira 1 300 orang. Ini merupakan jumlah tertinggi sejak bermula peristiwa  Intifadah Pertama.

Al-Ashqar menyatakan bahawa majoriti tahanan yang ditahan di bawah penahanan pentadbiran merupakan bekas tahanan yang pernah dipenjarakan. Pihak risikan mendakwa bahawa tahanan tersebut menjadi ancaman kepada keselamatan Israel, maka perintah penahanan pentadbiran telah dikeluarkan malah ratusan daripada mereka telah diperbaharui tempoh penahanan pentadbiran sekurang-kurangnya dua kali. Tambahan lagi, tiga tahanan wanita di bawah penahanan pentadbiran, 21 orang bawah umur dan beberapa orang warga emas. Beliau menegaskan bahawa penahanan pentadbiran sangat memberi kesan ke atas semua aspek kehidupan Palestin.

Related