Home Berita Post View

Jenin: Dua Penduduk Palestin Terkorban Akibat Kekejaman Zionis

Aug 29, 2023 04:50 am

 

Dua pemuda Palestin menjadi mangsa tembakan tentera Israel di Kota Jenin, Tebing Barat.

Menurut sumber yang diperolehi,  dua orang penduduk Palestin dilaporkan cedera berpunca daripada tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel berhampiran pusat pemeriksaan Dotan, barat daya Jenin. Sumber tersebut turut melaporkan bahawa pihak musuh menahan seorang pemuda Palestin yang cedera berhampiran pusat pemeriksaan berkenaan ketika beliau sedang menerima rawatan daripada anggota perubatan. 

Tidak hanya dengan itu, pertempuran bersenjata tercetus antara pihak pejuang Palestin dan tentera Israel berhampiran pusat pemeriksaan Dotan disusuli dengan tembakan rambang oleh tentera Israel. Anggota tentera Israel juga dilihat mengawasi setiap kawasan sekitar bandar Ya’bad, Jenin.

Related