Home Berita Post View

2050: 1 Juta Penduduk Yahudi di Tebing Barat

Aug 25, 2023 05:07 am

 

Rejim Israel merancang untuk meningkatkan jumlah penduduk haram Yahudi di Tebing Barat daripada 170,000 kepada satu juta menjelang 2050.

Rancangan tersebut melibatkan pembinaan bandar-bandar baru, kawasan industri, hospital, landasan kereta api serta lapangan terbang. Hal ini termasuklah peningkatan jumlah penempatan haram serta mengubahnya menjadi bandar, memperluas jalan-jalan raya, dan mendirikan pusat perubatan. 

Majlis penempatan haram dimaklumkan telah mengupah perkhidmatan jurutera dan perunding profesional bagi menyusun rancangan tersebut secara tidak rasmi selama lebih dari setahun. Hal ini bertujuan demi meningkatkan jumlah penduduk haram dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Di samping itu, perancangan turut meliputi pembinaan sebuah bandar besar sedang yang dikenali sebagai Ta’anach yang terletak di utara Tebing Barat. Difahamkan, bandar ini mampu menampung seramai 30,000 penduduk. Sementara di selatan dan tengah Tebing Barat pula, bandar Shamir turut giat dibangunkan. Kira-kira 100,000 penduduk boleh dimuatkan di dalamnya. Beberapa buah bandar lain turut dalam perancangan bagi meneruskan misi perluasan kawasan penduduk haram ini. 

Related