Kelab Tahanan Palestin menegaskan bahawa tahanan Palestin, Ahmad Manasrah yang ditahan di sel penjara Ayalon mengalami kemerosotan terhadap kondisi kesihatan dan psikologinya.
Dalam satu kenyataan akhbar, kelab itu menganggap pentadbiran penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nasib Ahmad Manasrah, berdasarkan maklumat serius yang diterima mengenai keadaan psikologinya.
Peguam beliau, Khaled Zabarga mengesahkan bahawa usaha melalui proses undang-undang yang berterusan sedang dilakukan oleh para peguam dalam kes ini, khususnya berkaitan kes kurungan bersendirian. Perlu diperhatikan bahawa perintah kurungan bersendirian terhadap Ahmad Manasrah tamat September depan.
Pada tahun 2015, Israel menahan Ahmad Manasrah ketika beliau berumur 13 tahun. Beliau disoal siasat dengan keras dan diancam tanpa kehadiran peguam serta telah berada di penjara semenjak itu dalam kurungan bersendirian sejak awal November 2021.

