Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mengeluarkan data penindasan kejam yang dikenakan ke atas tahanan Palestin di Penjara Ashkelon. Hal ini berikutan operasi pemindahan tahanan ke Penjara Nafha yang dijalankan oleh pentadbiran penjara Israel.
Peguam suruhanjaya itu, Youssef Mattia berkata berdasarkan kenyataan yang diucap oleh tahanan Palestin, Muhammad Abu Hamid bahawa jabatan tersebut diserang pada waktu subuh oleh semua unit penindasan dengan kejam dan provokatif. Mereka menghancurkan dan merosakkan segala-galanya dengan rakus termasuklah pakaian.
Youssef turut menjelaskan, akibat daripada kejadian tersebut, para tahanan mengambil langkah protes manakala tahanan yang bernama Hatem al-Saghli melancarkan mogok lapar seminggu yang lalu sebagai tanda menolak penahanan pentadbiran ke atas dirinya. Difahamkan, Penjara Ashkelon menempatkan seramai 36 orang tahanan yang menghidapi penyakit dan mengalami masalah kesihatan kronik seperti kanser, jantung dan slip disc.

