Israel melancarkan operasi pencerobohan dan pencarian di beberapa buah kawasan berbeza di Tebing Barat. Dalam kejadian tersebut beberapa pertempuran berlaku dan sebilangan penduduk Palestin telah menjadi mangsa tahanan. Pihak Israel mengambil ukuran kediaman dua orang pelaku operasi tembakan yang berlaku di al-Khalil.
Pasukan Israel menyerbu rumah kedua-dua pelaku operasi daripada keluarga al-Shantir di al-Khalil dan mengambil ukuran kedua rumah mereka sebagai persiapan untuk merobohkannya.
Mereka turut menceroboh beberapa buah bandar di Jenin dan melancarkan operasi serbuan di beberapa kediaman penduduk Palestin di sana. Empat penduduk awam telah ditahan dan ada di antara mereka merupakan tahanan Palestin yang telah dibebaskan. Mereka ditahan sejurus selepas kediaman mereka diceroboh dan digeledah pihak rejim penjajah.

