Home Berita Post View

Kabinet Beri Kuasa Netanyahu, Gallant Buru Pelaku Operasi Komando

Aug 24, 2023 04:48 am

 

 

Saluran 12 Israel melaporkan bahawa Kabinet Israel memutuskan untuk memberikan kuasa kepada Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant untuk mengambil langkah-langkah menyasarkan pejuang mujahidin Palestin serta individu-individu yang terlibat di belakang penghantaran mereka.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri, Netanyahu menyebutkan bahawa "Kabinet telah mengambil beberapa siri langkah yang bertujuan menyasarkan individu yang melakukan serangan serta mereka yang terlibat dalam memberi arahan. Perdana Menteri Israel dan Menteri Keselamatan Israel diberikan kuasa untuk mengambil tindakan berkenaan perkara ini.”

Kenyataan tersebut menegaskan sokongan Kabinet terhadap askar tentera dan pimpinan mereka serta agensi keselamatan yang berada di bawah bidang kuasa Israel. Perkara ini merupakan usaha mereka bagi memastikan keselamatan penduduk haram.  

Related