Difahamkan, seramai 31 orang mengalami kecederaan dan sesak nafas dalam serangan puluhan penduduk haram dan rejim Israel di Bandar Burqa, berdekatan Nablus, di utara Tebing Barat.
Sumber melaporkan bahawa penduduk haram bertindak menyerang kenderaan warga Palestin dengan batu, selain menyerang kediaman mereka di Bandar Burqa semasa kejadian tembak-menembak. Tentera rejim dan kumpulan penduduk haram turut menyerang rumah-rumah kampung di sana yang membawa kepada tercetusnya rusuhan melibatkan tentera Israel di mana mereka memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduk haram. Turut dilaporkan, gas dan bom bunyi, peluru logam, dan peluru hidup dilepaskan ke arah kumpulan pemuda.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa pasukannya menangani 31 kes kecederaan di Bandar Burqa, termasuk seorang yang tercedera ditembak peluru logam, manakala 30 kes sesak nafas berpunca daripada gas pemedih mata.

