Akhbar Israel, Haaretz menerbitkan laporan mengenai realiti air di Tebing Barat, yang mengakui kewujudan krisis air sebenar di kampung dan bandar-bandar Tebing Barat. Perkara ini terjadi seiring dengan suhu yang meningkat, sementara penduduk haram menikmati kekayaan hasil telaga yang dikawal oleh rejim Israel.
Akhbar yang sama turut melaporkan bahawa masalah air melanda segenap daerah Tebing Barat sejak awal musim panas, terutamanya kerana pihak Israel menguasai 80% bekalan air di Tebing Barat. Namun, 500,000 penduduk penempatan haram di sana mendapat akses air tanpa putus, oleh kerana terhubung langsung dengan rangkaian air melalui sistem yang maju. Pun begitu, bandar-bandar Palestin amat jauh daripada kemudahan tersebut.
Ghonim melemparkan tuduhan ke atas syarikat air Israel dengan tuduhan, mereka telah mengurangkan bekalan air ke bandar Baitul Laham dan al-Khalil sebanyak 25% dalam tempoh sembilan minggu yang lalu. Selain itu, pihak Israel turut memegang kawalan sepenuhnya dalam aspek pentadbiran dan keselamatan, sehinggakan penduduk Palestin tidak dapat menggali atau memperdalam telaga-telaga tanpa kelulusan pihak berkuasa.

