Seramai 18 orang penduduk Palestin termasuk seorang wartawan cedera akibat serangan yang dilancarkan tentera Israel ke atas perarakan memperingati ulang tahun ke-54 pembakaran Masjid al-Aqsa, di kem pelarian Malaka yang terletak timur Gaza.
Menurut sumber yang diperolehi, sekumpulan besar rakyat Palestin tiba di kawasan Tembok Pemisah di Kem al-Awda, timur Gaza dan menyatakan bahawa rejim Israel melepaskan peluru hidup dan bom gas bertubi-tubi ke arah mereka. Susulan daripada itu, seorang remaja lelaki terkena tembakan di kakinya, manakala sebilangan daripada mereka mengalami sesak nafas yang teruk.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa sebanyak lapan kecederaan akibat terkena tembakan direkodkan dalam pertempuran yang berlaku antara penduduk Palestin dan rejim Israel di Beita yang terletak berhampiran Nablus. Tidak hanya dengan itu, seorang pemuda Palestin turut menjadi mangsa yang ditahan oleh pihak musuh di kawasan berkenaan.

