Operasi pencerobohan yang berlaku di Kota al-Zababdah yang terletak di Jenin, Tebing Barat telah meragut nyawa seorang remaja Palestin.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seorang remaja Palestin, Usman Abu Kharaj yang berusia 17 tahun menghembuskan nafas yang terakhir selepas peluru milik rejim Israel dilepaskan ke arah kepalanya.
Kejadian tersebut bermula apabila rejim Israel menceroboh Kota al-Zababdah dan menyerbu beberapa buah kediaman hingga mencetuskan rusuhan di antara pemuda Palestin dengan mereka. Peluru hidup dan gas pemedih mata telah dilepaskan ke arah pemuda Palestin yang membuat penentangan.

