Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan pada Ahad lalu untuk menyediakan sebanyak 120 juta shekel bagi kegunaan menambah baik infrastruktur penempatan-penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis.
Siaran 7 milik Israel melaporkan: Ben-Gvir bersetuju dengan rancangan yang akan diluluskan oleh pentadbiran Israel dan mahu memberi peruntukan kepada penempatan haram mereka di Baitul Maqdis sebanyak 120 juta shekel bagi memperkukuhkan jaminan keselamatan di sana.
Rancangan ini melibatkan pembangunan pusat-pusat polis, penetapan program-program baru untuk mereka, penempatan lebih banyak kamera keselamatan, pertambahan bilangan pasukan polis di Baitul Maqdis, kawasan penempatan haram dan di jalan-jalan raya serta elaun mereka juga dinaikkan.

