Tentera Israel melancarkan kempen penahanan di beberapa kawasan Tebing Barat, pagi ini.
Jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa tentera mereka menahan sepuluh orang rakyat Palestin dari seluruh kawasan Tebing Barat malam tadi.
Operasi penahanan itu berpusat di kampung Marah, Bethlehem dan seramai lima penduduk Palestin telah ditahan selepas kediaman mereka diserbu dan digeledah. Tidak hanya dengan itu, seorang pelajar dari Universiti Birzeit telah ditahan di kediamannya di Tulkarm, seorang pemuda dari al-Khalil dan dua orang pemuda dari Baitul Maqdis.

