21 Ogos hari ini merupakan tahun ke-54 bersempena jenayah Zionis Israel membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1969.
Seorang Yahudi yang berasal dari Australia, Denis Michael Rohan, dengan sengaja menyalakan api yang mengakibatkan kebakaran di Masjid al-Aqsa. Kejadian ini telah merosakkan sebahagian besar bangunan masjid. Kejadian kebakaran ini turut menyebabkan salah satu bahagian penting masjid musnah termasuklah mimbar Salahuddin al-Ayyubi, yang menjadi simbol pembebasan dan kemenangan ke atas penjajah tentera Salib.
Sebagai rekod, luas kawasan masjid yang terkesan melebihi sepertiga dari keseluruhan luas keseluruhannya, di mana lebih dari 1500 meter persegi dari luas asalnya yang mencapai 4400 meter persegi. Kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan besar pada bangunan masjid, tiang-tiangnya, gerbang-gerbangnya, dan hiasan-hiasan lama di dalam masjid. Bumbung masjid turut runtuh dan musnah, termasuk dua tiang utama berserta lengkungan penopang kubah juga runtuh, serta 48 jendela musnah. Selain itu, karpet serta banyak hiasan yang diperbuat daripada al-Quran juga terbakar dalam peristiwa tersebut.

