Home Berita Post View

Israel Menyiksa Tahanan Penjara Ramon, Memindahkan Mereka Semahunya

Aug 17, 2023 01:00 pm

Tindakan pemindahan sewenang-wenangnya yang dilakukan oleh pentadbiran penjara rejim Zionis terhadap sejumlah tahanan Palestin terus berlanjutan, terutamanya ke atas tahanan di Penjara Ramon.

Operasi pemindahan yang dilakukan oleh pentadbiran penjara rejim Israel merupakan salah satu alat utama penyiksaan yang paling menonjol ke atas para tahanan, terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan atau yang ditahan sudah bertahun-tahun.

Selain itu, pemindahan sewenang-wenangnya itu turut menjejaskan struktur organisasi tahanan yang dianggap sebagai satu pencapaian oleh pihak pentadbiran penjara. Hal ini kerana salah seorang tahanan yang dipindahkan, Muhammad Fallanah yang telah ditahan sejak 1992, dan Imad Abu Ajamiyah, yang telah ditahan sejak 2003. Kedua-duanya telah dipindahkan dalam operasi tidak munasabah tersebut.

Dalam konteks yang sama, para tahanan pentadbiran di penjara-penjara rejim Israel yang lain terus melanjutkan langkah-langkah protes dan siri perjuangan menentang jenayah penahanan pentadbiran ke atas mereka. Sebagai rekod, hari ini sudah memasuki hari keempat belas secara berturut-turut. 

 

Related